Tuesday, February 15, 2011

Jom kawen! -Day 1-

Pagi tu, aku terjaga ketika muazin sedang laungkan azan. Setelah azan habis dan sempat berfikir samada nak tidur balik ke tak selama 3 saat, aku tarik selimut dan sambung mimpi bersama heechul tadi. *heh. typical ifi.:/ Burung-burung mula berkicauan, ayam berkokok sahut-sahutan. Walaupun pada hakikatnya aku tahu mana ada ayam di sekitar flet di bangi ni. 0__o

Tiba-tiba, "Ifi, ifi! Bangun sembahyang subuh." Oh. Tu suara Nadia. Aku pun bangun, solat, iron baju kurung, mandi dan buat nestum Qaliz yang sedap. :) Kami bersiap dan semua orang ber-mata sepet seperti awek jepun sebab tak cukup tidur. (@__@) Pendaftaran bermula pukul 8.30pagi. Disebabkan kami sampai awal *err. excited sangat nak kawen. Kami sempat breakfast di Ungku Omar.

Modul 1: Perkahwinan dan prosedur

Penceramah dari Sepang. Nama dia Rif'at Basya Halik Bassah. Ustaz ni sangat best dan sempoi. hee~ Dia siap leh shuffle kat atas stage tu.-.-

Kriteria calon suami
- Menghayati agama
- Mampu memimpin keluarga
- Akhlak mulia
- Berharta,keturunan baik dan segak (berupa)

*berupa dan berharta tu sekadar bonus. Yang paling penting beragama la. kalau hensem tapi tak solat tak guna jugak kan.

Kalau orang hot-tempered, sila amalkan ni:
- Kurangkan makan makanan berdarah. *daging, ayam
- Baca Ya Latif, Ya Latiff.
- Ambil wudhu'
- Baca surah As-Shura, ayat 15

...
...

After nikah, the wife should kiss her husband's hand. Astu suami perlu cium ubun-ubun isteri. ^^ hehe. aku suke part ni. :D i think it is so0o sweet when the husband kiss his wife's forehead.
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Isteri adalah pakaian bagi suami.


*Nota untuk bakal-bakal suami.
Macam mana nak handle isteri yang senggugut.

- If period biasa, belikan 100plus botol besar.
- Kalau period yang teruk tu, leh la tunku. (guna batu sungai. panaskan guna api kecil. astu balut dengan kain dan tuam kat perut isteri tu)

Tengok cerita Personal Taste, tangan lelaki pun leh kurangkan senggugut. hoho. Kalau lelaki sekacak si Lee Minho tu yang layan, konfem hilang semua saket. haha!!~:p


Modul 2: Komunikasi Suami Isteri

Ni korang leh la baca sendiri buku "Venice and Mars". Dalam tu lagi complete kot. But anyway, penceramah Modul 2 ni sangat best+interesting sampai mampu mencungkil bakat Qaliz untuk menjadi pelukis berjaya. :)

Iz! kita ada kursus lain tak lepas ni? if ada, tolong ingatkan aku bawak crayon+kaler luna. Ko lukis, aku kaler! Ne..?:)


Modul 3: Pengurusan Kewangan Keluarga

Penceramah yang sama macam yang modul 2. Maka, inilah hasilnya.

Dah selamat terbang ke korea.(@__@)


As usual, sudoku wajib ada dalam beg masing2.ㅎㅎㅎㅎ


Baca buku ni pun still ngantok.

_


Okay. dah siap. jom pergi ngaji kawan2!


Makan time!:)

*err. style tudung yang asyik bertukar setiap 2 jam.:p


Isteri-isteri solehah to be. hee~

InsyaAllah.^^


0 comments:

Post a Comment